Kenapa nak format handphone?
Hmm.. mesti korang pernah kan handphone korang 'hang' antara salah sebab dia, application banyak sangat dalam handphone tu.. Lagi salah satu sebab lagi korang lupa pattern or password korang, kan? Ni saya baru search untuk format handphone untuk samsung.. Tapi dia ada lain sikit dari HTC yang sebelum ni saya post, dia ada kena tekan 3 butang sekali.. leceh sikit (bagi sayalah hehehe).. kalau tak cuba tak dapat, kan??
Saya kat sini ada lah beberapa langkah dan cara.. Tapi saya tak try lagi cuma nak kongsi.. Lagi pun nak hantar kat kedai kadang2 mahal.. RM30 atau nak tambah tu ni saja je dia cas lebih.. Kalau kita buat sendiri senang je.. Tak guna apa pun.. Cuma guna kepandaian kita je.. hehehe
Apakah Format /
Factory Reset???
Maksud Format bagi OS Android
ialah proses pembersihan sistem OS yangg membuang semua data pengguna
(userdata) & fail sistem sementara (temporary file/cache). Terma Format
juga dikenali sebagai Factory Reset, Clear Storage, Master
Reset. Selepas arahan format dilaksanakan, OS mengosongkan kandungan
memori dalaman peranti, seolah seperti baru. Data pengguna
seperti SMS, Contacts, Aplikasi dan Permainan turut
dipadam. Sebab itulah terma Factory Reset diguna menandakan
peranti yg diformat sama seperti baru keluar kilang. (Kiranya handphone korang
memang macam barulah)
Ingat!! sebelum korang
nak format, pastikan korang dah save apa yang rasa penting ke dalam memori kad
ke laptop ke.. yang guna laptop tu macam biasalah, guna Sambungan USB.. Lepas tu,
transfer lah apa yang korang nak transfer..
*kalau macam saya malas nak
pening2 time nak format keluarkan memori kad.. Tapi rasanya tak ada effect..
hehehe..
Ni ada cara-caranya kalau bagi korang yang handphonenya
'hang' ke, terus pergi tetapan (setting) je..
Format cara 1
Untuk model Samsung (dan model Android
2.1) ,
1. Masuk ke menu Setting
2. Privacy > Factory Data Reset
3. Pilih Reset Phone > Tap Erase
Everything

Kosongkan Format USB storage utk tidak format kad memori
Nota : Tujuan Format USB
Storage atau Format SD Card Memory utk memadam seluruh
kandungan kad memori, jangan diisikan checkbox melainkan semua data
telah pun disimpan (backup) pada komputer. Jika tidak yakin, keluarkan kad
memori sebelum melakukan proses Format.
Sekiranya langkah diatas masih gagal memadamkan maklumat
pengguna, ikuti langkah seterusnya
Ni pula cara bagi korang yang lupa pattern atau pun password
dah tentu-tentu korang tak boleh nak pergi setting, kan.. hehehe
* Samsung ni ada 3 butang(button) kena tekan tau..
Format cara 2
1. Tutup telefon sepenuhnya (offkan handphone)
2. Tekan dan tahan (tap & hold) butang 'Volume (+)',
3. Dengan masih menahan butang 'Volume(+)', tekan butang 'Home' serta
butang 'Power' bersama
4. Tunggu sehingga logo Samsung muncul pada skrin,
apabila muncul lepaskan ke semua butang
5. Android akan masuk ke sistem Recovery dengan
latar belakang gambar 'Android'
6. Gunakan butang 'Volume' dan Home' sebagai
navigasi menu,
7. Info: Volume(+) = Atas ; Volume(-) Bawah
; Home=Laksana arahan
8. Pilih Wipe Data / Factory Reset
9. Selesai dan mulakan Android seperti biasa

Samsung menggunakan Android System Recovery
NOTA : Proses format mengambil masa 2-5 minit. Tunggu dan
perhatikan proses yg berlaku. Jika terdapat masalah semasa proses format ulangi
semula kombinasi butang sehingga berjaya. Melakukan proses Format adalah
selamat dan tiada risiko merosakkan sistem OS Android.
PENTING : Kombinasi 'Factory Reset' berbeza-beza mengikut
model. Anda boleh merujuk buku manual atau membuat rujukan di google atau pada
laman web Hard
Reset.com mengikut model handphone yang anda gunakan.
SELAMAT MENCUBA ^_^
Asalam nak tanya kalau nak format model
ReplyDeleteMacam mana pula caranya.
Lupa kata laluan e-mel
ReplyDeleteterbaik.tq
ReplyDeleteLpas format kena msuk kn email,,klau lupa email nk bt mcm mna ya
ReplyDeleteAsalm nak tanya..cara nak gambar dari fon ke sin kat nak buat macan mana pulak.
ReplyDeleteSaya ada samsung tab 2 7.0 p1300.saya terlupa pattern,dan recovery email,,bila saya buat hard reset,power button+volume up,sana ada keluar formatting fail dan juga sistem fail..apa yang perlu saya lakukan.ini emel sy.josni501@gmail.com
ReplyDeleteSaya dah buat tak berjaya...still DIA pergi logo Samsung ...Lepas Tu keras....
ReplyDeletekalau lupa email lepastu no tel pun da tk aktif mcm mna ye? blh email saya tak?
ReplyDeleteMohdsyahrulnizam449@gmail.com
ReplyDelete