Friday, 5 September 2014

Cara nak format handphone HTC!!

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Kenapa nak format handphone?
Hmm.. mesti korang pernah kan handphone korang 'hang' antara salah sebab dia, application banyak sangat dalam handphone tu.. Lagi salah satu sebab lagi korang lupa pattern or password korang, kan?  Macam saya lah asyik2 tukar pattern, terus lupa..hehehe..

Saya kat sini ada lah beberapa langkah dan cara nak share kat korang tapi sesiapa HTC user je..Tapi saya rasa yang handphone lain lebih kurang je..Lagi pun nak hantar kat kedai kadang2 mahal.. RM30 atau nak tambah tu ni saja je dia cas lebih.. Kalau kita buat sendiri senang je.. Tak guna apa pun.. Cuma guna kepandaian kita je.. hehehe

Apakah Format / Factory Reset???

Maksud Format bagi OS Android ialah proses pembersihan sistem OS yangg membuang semua data pengguna (userdata) & fail sistem sementara (temporary file/cache). Terma Format juga dikenali sebagai Factory Reset, Clear Storage, Master Reset. Selepas arahan format dilaksanakan, OS mengosongkan kandungan memori dalaman peranti, seolah seperti baru. Data pengguna seperti SMS, Contacts, Aplikasi dan Permainan turut dipadam. Sebab itulah terma Factory Reset diguna menandakan peranti yg diformat sama seperti baru keluar kilang. (Kiranya handphone korang memang macam barulah)

Ingat!! sebelum korang nak format, pastikan korang dah save apa yang rasa penting ke dalam memori kad ke laptop ke.. yang guna laptop tu macam biasalah, guna Sambungan USB.. Lepas tu, transfer lah apa yang korang nak transfer.. 
*kalau macam saya malas nak pening2 time nak format keluarkan memori kad.. Tapi rasanya tak ada effect.. hehehe.. 

Ni ada cara-caranya kalau bagi korang yang handphonenya 'hang' ke, terus pergi tetapan (setting) je..

Format Cara 1

Format melalui Tetapan (setting) Android 


Bagi model HTC (dan model Android 2.2 ke atas ),
1. Masuk ke menu "Setting"
2. SD & Phone Storage > Factory Data Reset
3. Tap Reset Phone & Erase Everything

4. Settings > Factory data reset


5. Mesej ulangan bertujuan sebagai pengesahan pengguna (user confirmation)  

* Yang ni mungkin korang faham sebab senang sikit.



Ni pula cara bagi korang yang lupa pattern atau pun password dah tentu2 korang tak boleh nak pergi setting, kan.. hehehe

Format Cara 2

Format melalui kombinasi butang khas
Cara ini akan memasuki menu recovery tanpa perlu memasuki Android, dengan menekan butang tertentu semasa dihidupkan, sistem recovery diaktifkan bagi tujuan format sistem. Setiap peranti mempunyai kombinasi butang yg berbeza dan boleh dirujuk pada laman hard-reset.com

Bagi model HTC,
1. Tutup telefon sepenuhnya (offkan handphone)
2. Tekan dan tahan (tap & hold) butang 'Volume (-)',
3. Dengan masih menahan butang 'Volume (-)', tekan butang 'Power'
4. Tunggu sehingga gambar 'Android skateboard' muncul pada skrin, 
5. Apabila muncul lepaskan butang 'Volume (-)'
6. Tekan 'Volume (-)' bagi memilih Clear Storage (atau Factory Reset)
7. Tekan butang 'Power' bagi melaksana arahan Format
8. Selesai dan mulakan Android seperti biasa



HTC menggunakan antaramuka Bootloader 


PENTING : Kombinasi 'Factory Reset' berbeza-beza mengikut model. Anda boleh merujuk buku manual atau membuat rujukan di google atau pada laman web Hard Reset.com mengikut model handphone yang anda gunakan.

Selamat mencuba ^_^

No comments:

Post a Comment